Tuesday, November 30, 2010

Sambutan Pengetua SMVTM Tuan Haji Alwi

Majlis sambutan Pengetua SMVTM Tuan Haji Alwi Mohd Ali telah berlangsung di SMVTM 1 Disember 2010. Ketibaan Tuan Haji Alwi dan rombongan pada jam 12.20 tengaha hari disambut oleh para guru SMVTM lebih kurang 60 orang. Upacara penyerahan tugas berlangsung di bilik mesyuarat. Acara penanaman pokok sebagai tanda selamat datang telah dilangsungkan selepas itu. Majlis berakhir dengan jamuan di asrama.

Monday, November 22, 2010

Sunday, November 21, 2010

spm

SELAMAT MENGULANG KAJI PELAJARAN

Esok anda semua akan menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan masa depan. Hari ini anda masih berpeluang mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Melayu. Sila tengok tajuk-tajuk karangan yang telah diberikan dan fikirkan isi=isi yang relevan.
Sila baca semua nota KOMSAS dan berikan tumpuan kepada jenis-jenis KOMSAS yang telah dinyatakan. Walau soalan mana yang keluar,anda mesti menjawab dengan tepat.
Semoga berkat usaha anda selama ini kejayaan pasti dicapai.

Saturday, November 20, 2010

Tajuk-Tajuk Karangan SPM 2010

1 Kesan-kesan kemasukan buruh asing
2. "Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia"- faedah dan langkah-langkah menjayakan.
3. Masyarakat yang kreatif dan inovatif. kepentingan dan langkah
4. Amalan gaya hidup (cara hidup sihat/cara yang merugikan pelajar)
5. Makanan ringan. Kesan-kesan negatif
6. Pembangunan modal insan-Langkah-langkah
7. Budaya samseng (langkah membendung)
8 Patutkah pusat hiburan dikawal?
9. Telefon bimbit (kesan-kesan)
10. Industri pelancongan (langkah-langkah)
11. Peranan rakyat menghayati kemerdekaan negara./Usaha menjayakan gagasan 1Malaysia.
12. Masalah pembuangan bayi.(punca dan langkah)
13. Masalah cetak rompak(kesan-kesan)
14. Mat rempit(langkah-langkah mengekang)
15. Kesan-kesan lambakan bacaan ringan di pasaran
16. Patutkah bangunan bersejarah dipulihara?

PENEKANAN KOMSAS

Soalan 2(B) Cerpen/drama

1. Annyss Sophilea
2. Lambaian Malar Hijau
3. Drama Serunai malam
4. Jangan bunuh rama-rama

Soalan 2(C) Prosa Klasik

1. Pertarungan Tuah dengan Jebat
2. Cerita Bayan Tiada menurut kata ibu bapanya
3. Sabor
4. Kezaliman membawa padah

Soalan 2(D) Sajak/Puisi Tradisional

1. Seloka Pak Kaduk
2. Syair Kelebihan Ilmu
3. Jalan-jalan Raya Kotaku
4. Pantun Enam Kerat

Soalan Novel

1. Teknik Plot (suspen/imbas kembali/kejutan)
2. Nilai (tolong-menolong/bertanggungjawab/kegigihan)
3. Latar masyarakat(perbandingan kegiatan ekonomi)
4. Peristiwa menarik
5. Pengajaran
6. Watak Utama (Banding)

Anda mesti baca semua tetapi penekanan kepada tajuk-tajuk di atas.

Thursday, November 18, 2010

KESILAPAN CALON SEMASA MENULIS KARANGAN

1. Karangan mempunyai banyak kesalahan bahasa.
2. Isi karangan tidak dihuraikan dengan berkesan
3. Idea pelajar tidak menampakkan kematangan
4. Kesalahan ketika membina ayat tunggal dan majmuk
5. Pemerengganan tidak seimbang
6. Satu perenggan dua isi/dua perenggan satu isi
7. Tiada ungkapan menarik
8. Karangan tidak mencapai bilangan perkataan yang minimum
9. Tiada ungkapan menarik
10. Idea tidak logik
11. Tidak merancang isi jawapan
12. Kesan psikologi -teragak-agak atau ragu-ragu di pertengahan jalan
13. Bahasa pertuturan dimasukkan dalam ayat
14. Karangan tidak menjawab tugasan diberi(terpesong sipi atau terpesong sepenuhnya)
15. Karangan tidak boleh dibaca
16. Menjawab satu bahagian soalan sahaja
17. Terlebih fokus kepada karangan A
18. Tidak membuat persediaan awal (bohong)
19. Tidak menjawab langsung (BM pasti gagal )

PASTIKAN ANDA TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN-KESALAHAN DI ATAS

Wednesday, November 17, 2010

LATIHAN SELOKA PAK KADUK

baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk

(Dipetik daripada dalam antologi Anak Laut,

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)

(i) Berikan maksud rangkai kata mudik menongkah surut. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengubah nasib malang yang dialami oleh
seseorang? [4 markah]
(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam petikan seloka di atas. [3 markah]

Contoh Jawaban:

(i) Maksud:

- pergi /belayar ke hulu sungai menyongsong /melawan arus air yang turun

[Maksimum: 2 markah]

(ii) Cara untuk mengubah nasib malang yang dialami oleh seseorang:

- perlu bekerja kuat /bersungguh-sungguh /kikis sikap malas / mestilah rajin /gigih

- perlu menjalani kursus / menambahkan pengetahuan

- mencari pengalaman baharu /berkongsi pengalaman orang lain

- belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya

- mencontohi mereka yang telah berjaya

- belajar daripada kesilapan /kelemahan diri yang lalu

- jangan banyak bersedih / jangan berputus asa /menyerahkan kalah

- berbincang dengan rakan atau keluarga

[Maksimum: 4 markah]

(iii) Tiga pengajaran dalam seloka.

- Kita hendaklah rajin berusaha untuk menyelesaikan masalah

- Kita hendaklah reda menerima apa-apa jua yang ditentukan oleh Allah

- Kita hendaklah bersabar menghadapi dugaan atau menerimyang buruk

- Kita janganlah melakukan sesuatu perbuatan secara bodoh /yang sia-sia / kita hendaklah

bertindak dengan menggunakan akal fikiran yang waras

- Kita hendaklah selalu yakin diri terhadap apa-apa yang kita lakukan/ kita hendaklah berani

menghadapi dugaan /tekanan hidup

- Kita janganlah membunuh sesama manusia /hendaklah menyayangsesama manusia

[Maksimum: 3 markah]

Soalan 2 - Sarawak Zon C

(i) Nyatakan tindakan-tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh Pak Kaduk. [3 markah]

(ii) Apakah cara untuk membina kematangan fikiran? Kemukakan tiga pandangan anda. [3 markah]

(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut. [3 markah]

Contoh Jawaban:

(i) - mempertaruhkan kampungnya sehingga menyebabkan kampungnya tergadai.

- mencurahkan /membuang nasi sehingga dia kebuluran

- mempunyai rumah tetapi dijadikan tempat persinggahan sahaja

(ii) Cara untuk membina kematangan fikiran:

- belajar /menuntut ilmu

- meningkatkan amalan membaca pelbagai bahan bacaan

- belajar daripada pergaulan dengan orang dewasa dan mengutip pengalaman mereka.

Soalan 3 - Yayasan Islam Kelantan

(i) Apakah maksud rangkai kata bayu berpuput? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah nasib malang yang dialami oleh Pak Kaduk itu dapat diubah? [4 markah]

(iii) Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka di atas. [3 markah]

Soalan 4 - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

(i) Nyatakan sikap Pak Kaduk dalam seloka di atas. [2 markah]

(ii) Jika anda yang mempunyai rakan yang bersikap seperti Pak Kaduk, apakah nasihat-nasihat yang dapat anda berikan supaya rakan anda itu berubah sikap? [3 markah]

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam seloka di atas. [4 markah]

Soalan 5 - Selangor

(i) Nyatakan nasib malang yang menimpa Pak Kaduk akibat tindakannya dalam seloka di atas. [2 markah]

(ii) Bagaimanakah seseorang itu dapat mengatasi nasib malang. Berikantiga cadangan anda. [3 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka di atas. [3 markah]

TEKNIK PLOT DALAM NOVEL

Teknik plot yang biasa digunakan adalah :

1. Dialog, iaitu pertuturan antara dua watak atau lebih dalam sebuah novel.
2. Pemerian, iaitu pengarang memerihalkan atau menceritakan sesuatu perkara secara terperinci.
3. Imbas kembali, iaitu watak tertentu mengingati semula kejadian yang pernah berlaku suatu masa dahulu.
4. Imbas muka, iaitu gambaran tentang suatu kejadian yang akan berlaku pada masa hadapan.
5. Monolog, iaitu watak berbicara tentang suatu perkara dengan dirinya sendiri.
6. Monolog dalaman, iaitu merupakan kata-kata yang lahir dalam hati seorang watak.

Teknik plot dalam novel Di Hadapan Pulau.

1. Teknik Dialog
Bukti : Dialog antara Zubir dan Raihan berkisar kepada peperangan yang sudah tercetus di tempat lain dan bakal sampai ke tempat mereka. (Novel DHP : Halaman 14 )

2. Teknik Pemerian
Bukti : Pemerihalan keadaan cuaca pada waktu pagi yang redup dan sejuk walaupun matahari telah naik tinggi. (Novel DHP : Halaman 11 )

3. Teknik Imbas Kembali.
Bukti : Aziz yang tiba-tiba teringatkan ayahnya ketika berbual-bual dengan rakannya Afidah.
(Novel DHP : Halaman 58 )

4. Teknik Imbas Muka.
Bukti : Pada awalnya telah dibayangkan beberapa percubaan untuk mencuri Mokmeng walaupun gagal. Hal ini membayangkan suatu hari nanti Mokmeng akan dicuri juga. Akhirnya Mokmeng dicuri juga oleh Kapten Hebat. (Novel DHP: Halaman 58)

5. TeknikMonolog.
Bukti : Afidah selalu bermonolog menyuarakan rintihan dan kesedihan yang dialami ketika menziarahi kubur datuknya Tuk Marzuki. (Novel DHP : Halaman 159)

6. Monolog Dalaman.
Bukti : Monolog yang dizahirkan oleh kata hati Tuk Marzuki apabila mengenangkan perbuatan
tinggaladiknya Mustaffa yang tetap pergi untuk mengembara dan meninggalkan adiknya Rukiah seorang diri di kampung. ( Novel DHP : 85) Teknik plot yang biasa digunakan adalah :

1. Dialog, iaitu pertuturan antara dua watak atau lebih dalam sebuah novel.
2. Pemerian, iaitu pengarang memerihalkan atau menceritakan sesuatu perkara secara terperinci.
3. Imbas kembali, iaitu watak tertentu mengingati semula kejadian yang pernah berlaku suatu masa dahulu.
4. Imbas muka, iaitu gambaran tentang suatu kejadian yang akan berlaku pada masa hadapan.
5. Monolog, iaitu watak berbicara tentang suatu perkara dengan dirinya sendiri.
6. Monolog dalaman, iaitu merupakan kata-kata yang lahir dalam hati seorang watak.

Teknik plot dalam novel Di Hadapan Pulau.

1. Teknik Dialog
Bukti : Dialog antara Zubir dan Raihan berkisar kepada peperangan yang sudah tercetus di tempat lain dan bakal sampai ke tempat mereka. (Novel DHP : Halaman 14 )

2. Teknik Pemerian
Bukti : Pemerihalan keadaan cuaca pada waktu pagi yang redup dan sejuk walaupun matahari telah naik tinggi. (Novel DHP : Halaman 11 )

3. Teknik Imbas Kembali.
Bukti : Aziz yang tiba-tiba teringatkan ayahnya ketika berbual-bual dengan rakannya Afidah.
(Novel DHP : Halaman 58 )

4. Teknik Imbas Muka.
Bukti : Pada awalnya telah dibayangkan beberapa percubaan untuk mencuri Mokmeng walaupun gagal. Hal ini membayangkan suatu hari nanti Mokmeng akan dicuri juga. Akhirnya Mokmeng dicuri juga oleh Kapten Hebat. (Novel DHP: Halaman 58)

5. TeknikMonolog.
Bukti : Afidah selalu bermonolog menyuarakan rintihan dan kesedihan yang dialami ketika menziarahi kubur datuknya Tuk Marzuki. (Novel DHP : Halaman 159)

6. Monolog Dalaman.
Bukti : Monolog yang dizahirkan oleh kata hati Tuk Marzuki apabila mengenangkan perbuatan
tinggaladiknya Mustaffa yang tetap pergi untuk mengembara dan meninggalkan adiknya Rukiah seorang diri di kampung. ( Novel DHP : 85)

PERISTIWA YANG MENIMBULKAN SUSPENS

Novel yang dipilih adalah Putera Gunung Tahan.

P1. Peristiwa Robert hilang selepas keluar dari guna untuk mengambil gambar pemandangan.
Alasan : Saspens akan nasib Robert sama ada dia tersesat di hutan ataupun dia telah mati dibunuh.

P2. Peristiwa William terjumpa dengan sapu tangan Robert ketika keluar mencari Robert.
Alasan : Saya saspens sama ada Robert akan ditemui semula atau sesat di dalam hutan.

P3. Peristiwa Robert mengejar perempuan sakai berlari mengelilingi busut.
Alasan : Saya saspens sama ada Robert dapat mengejar perempuan sakai tersebut dan berjaya mengahwininya.

P4. Peristiwa Robert dikenakan minyak cenuai oleh Perempuan tua.
Alasan : Saya saspens sama ada Robert akan pulih seperti sedia kala atau terus tergila-gilakan perempuan sakai itu.

P5. Peristiwa kapal terbang Inggeris menyerang puncak Gunung Tahan.
Alasan : Saya saspens sama ada Ratu Bongsu, Kusina dan orang Bunyian yang menjadi pengikut Ratu Bongsu akan terbunuh dalam serangan itu.

Novel Di Hadapan Pulau.

P1. Peristiwa Tuk Marzuki berjanji untuk membawa Aziz ke pulau misteri.
Alasan : Saspens sama ada Tuk Marzuki benar-benar mengotakan janjinya untuk membawa Aziz ke pulau tersebut.

P2. Peristiwa Tuk Marzuki terperangkap dalam shelter setelah dibom oleh tentera Jepun.
Alasan : Sapens sama ada Tuk Marzuki terselamat atau terkorban dalam serangan bom itu

P3. Peristiwa Aziz ternampak Rosiah di kubu lama ketika mencari makanan.
Alasan : Saspens jika Aziz akan diapa-apakan termasuk dicederakan kerana telah mengetahui rahsia Rosiah menjual maruah diri.

P4. Peristiwa Budin memukul Rosiah akibat mabuk
Alasan : Sapens terhadap nasib Rosiah yang dipukul oleh Budin.

P5. Peristiwa Kapten Hebat makan tangan dan kaki monyet bernama Mokmeng.
Alasan : Saspens akan penyakit atau musibah yang akan dialami oleh Kapten Hebat selepas makan tangan dan kaki monyet tersebut.

PERBEZAAN WATAK UTAMA DALAM 2 NOVEL

Novel yang digunakan adalah Putera Gunung Tahan dan Di Hadapan Pulau

P1. Dari aspek usia.
Aziz berusia dalam belasan tahun
Putera Gunung Tahan dalam lingkungan 30-an.

P2. Darjat keturunan.
Aziz merupakan rakyat kebanyakan/ orang biasa.
Putera Gunung Tahan merupakan kerabat diraja negeri Pahang.

P3. Tempat kediaman.
Aziz tinggal di sebuah kampung berhampiran sebuah pulau.
Putera Gunung Tahan tinggal di puncak Gunung Tahan.

P4. Ilmu pengetahuan.
Aziz tidak berilmu pengetahuan kerana tidak pernah bersekolah.
Putera Gunung Tahan memilik banyak ilmu pengetahuan termasuk ilmu ghaib

PERTENTANGAN PENDAPAT ANTARA WATAK

Isu (1) : Pertentangan pendapat berkaitan kulit Harimau Putih.
Robert mengatakan bahawa kulit harimau putih tidak membawa apa-apa makna kepada Perempuan Tua jika dia sudah meninggal dunia.

Perempuan Tua sebaliknya menegaskan bahawa kulit harimau putih merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahankan daripada jatuh ke tangan pihak lain.

Isu (2) : Pertentangan pendapat berkaitan agama yang dianuti masing-masing.
Robert menegaskan agama Kristian membawa pemodenan dan kemajuan kepada banyak orang.
Perempuan Tua sebaliknya menegaskan agama Islam mempunyai nilai kesucian yang lebih tinggi berbanding agama kristian.

Isu (3) : Pertentangan pendapat tentang pemilikan puncak Gunung Tahan.
William menjelaskan bahawa kerajaan Inggeris sanggup menawarkan sebanyak 5000 pound jika Ratu Bongsu sanggup menyerahkan puncak Gunung Tahan.
Ratu Bongsu sebaliknya berpendapat bahawa puncak Gunung Tahan tidak akan diserahkan kepada pihak Inggeris kerana hal tersebut melibatkan maruah dirinya dan kerajaannya.

NILAI BERTANGGUNGJAWAB DALAM NOVEL

N1. Bertanggungjawab mempertahankan tanah air.
H1. Pahlawan Melayu seperti Dato Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain bertanggungjawab untuk mempertahankan negeri Pahang daripada penjajahan Inggeris.

H2. Ratu Bongsu bertanggungjawab untuk mempertahankan puncak Gunung Tahan daripada tergadai kepada pihak Inggeris.

N2. Bertanggungjawab terhadap keselamatan anak
H1. Perempuan Tua bertanggungjawab terhadap keselamatan anaknya Ratu Bongsu dengan cara menasihatinya agar berhati-hati apabila berhadapan dengan William yang mempunyai muslihat yang amat licik.

N3. Bertanggungjawab mempertahankan harta warisan bangsa.
H1. Perempuan Tua bertanggungjawab mempertahankan kulit harimau putih yang merupakan warisan bangsanya daripada jatuh ke tangan Robert.

N4. Bertanggungjawab melindungi rakyat/ pengikut.
H1. Ratu Bongsu bertanggungjawab untuk melindungi rakyatnya yang terdiri daripada Kusina dan orang Bunyian daripada serangan pihak Inggeris dengan cara mengarahkan mereka supaya segera berlindung untuk menyelematkan diri.

Novel yang dipilih adalah Di Hadapan Pulau.

N1. Bertanggungjawab terhadap kebajikan cucu.
H1. Tuk Marzuki bertanggungjawab terhadap kebajikan cucunya Afidah dengan cara memeliharanya selepas ibu bapanya bercerai.

N2. Bertanggungjawab terhadap rakan.
H1. Aziz bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakannya Afidah dengan cara mencarikan makanan apabila Afidah menangis kerana lapar.

N3. Bertanggungjawab terhadap jiran sekampung.
H1. Penduduk kampung bersama-sama bertanggungjawab terhadap jiran dengan cara membantu membina shelter untuk Mak Ketong.

N4. Bertanggungjawab untuk mencari makanan
H1. Tuk Marzuki bertanggungjawab untuk mencari makanan dengan cara kembali ke Melimau untuk mendapatkan bekalan beras.

N5. Bertanggungjawab untuk menyebarkan syiar Islam.
H1. Syed Fikri bertanggungjawab untuk menyebarkan syiar Islam dengan cara mengajar kanak-kanak seperti Aziz dan rakan-rakannya bersolat dan mengaji.

NILAI KEMASYARAKATAN DALAM NOVEL DI HADAPAN PULAU

N1. BEKERJASAMA
H1. Penduduk bekerjasama membina 'shelter'

N2.
TOLONG-MENOLONG
H2. Aziz dan rakan-rakan menolong Syed Fikri bercucuk tanam

N3.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP AHLI KELUARGA
H1. Tok Marzuki memelihara Afidah selepas perceraian ayah dan ibunya
H2. Aziz dipeilhara oleh Joyah setelah kematian ayahnya,

N4.
TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
H1. Syed Fikri mengajar agama/A!-Quran kepada kanak-kanak dan penduduk di kampung.

N5.
BERDIKARI
H1. Tok Marzuki pu!ang ke Merllmau untuk mencari beras bagi keperluan makanan semasa perang.
H2. Aziz dan Afldah mengambll upah membeli todi.

N6.
SEMANGAT KEJIRANAN
H1. Rosiah dan Wan Rohani dilawati oleh jiran-jiran untuk bertanya khabar setelah mereka dibebaskan oleh tentera Jepun-

N7.
HORMAT-MENGHORMATI
H1. Syed Fikri yang berpendidikan agama amat dihormati oleh penduduk kampung dan kanak-kanak.
H2. Aziz menghormati Tok Marzuki dan Syed Fikri; selalu mencium tangan apabila bersalam dengan Syed Fikri

N8.
PENYAYANG
H1. Tuk Marzuki amat menyayangi cucunya Afidah,
H2. Syed Fikri menyayangi kanak-kanak, mengajar /Azlz bercucuk tanam dan selalu mengajak kanak-kanak minum dan mengajar mereka nilai-nilai agama.

v

PERISTIWA YANG MENIMBULKAN SASPENS