Tuesday, November 30, 2010

Sambutan Pengetua SMVTM Tuan Haji Alwi

Majlis sambutan Pengetua SMVTM Tuan Haji Alwi Mohd Ali telah berlangsung di SMVTM 1 Disember 2010. Ketibaan Tuan Haji Alwi dan rombongan pada jam 12.20 tengaha hari disambut oleh para guru SMVTM lebih kurang 60 orang. Upacara penyerahan tugas berlangsung di bilik mesyuarat. Acara penanaman pokok sebagai tanda selamat datang telah dilangsungkan selepas itu. Majlis berakhir dengan jamuan di asrama.

Monday, November 22, 2010

Sunday, November 21, 2010

spm

SELAMAT MENGULANG KAJI PELAJARAN

Esok anda semua akan menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan masa depan. Hari ini anda masih berpeluang mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Melayu. Sila tengok tajuk-tajuk karangan yang telah diberikan dan fikirkan isi=isi yang relevan.
Sila baca semua nota KOMSAS dan berikan tumpuan kepada jenis-jenis KOMSAS yang telah dinyatakan. Walau soalan mana yang keluar,anda mesti menjawab dengan tepat.
Semoga berkat usaha anda selama ini kejayaan pasti dicapai.

Saturday, November 20, 2010

Tajuk-Tajuk Karangan SPM 2010

1 Kesan-kesan kemasukan buruh asing
2. "Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia"- faedah dan langkah-langkah menjayakan.
3. Masyarakat yang kreatif dan inovatif. kepentingan dan langkah
4. Amalan gaya hidup (cara hidup sihat/cara yang merugikan pelajar)
5. Makanan ringan. Kesan-kesan negatif
6. Pembangunan modal insan-Langkah-langkah
7. Budaya samseng (langkah membendung)
8 Patutkah pusat hiburan dikawal?
9. Telefon bimbit (kesan-kesan)
10. Industri pelancongan (langkah-langkah)
11. Peranan rakyat menghayati kemerdekaan negara./Usaha menjayakan gagasan 1Malaysia.
12. Masalah pembuangan bayi.(punca dan langkah)
13. Masalah cetak rompak(kesan-kesan)
14. Mat rempit(langkah-langkah mengekang)
15. Kesan-kesan lambakan bacaan ringan di pasaran
16. Patutkah bangunan bersejarah dipulihara?


PENEKANAN KOMSAS


Soalan 2(B) Cerpen/drama

1. Annyss Sophilea
2. Lambaian Malar Hijau
3. Drama Serunai malam
4. Jangan bunuh rama-rama

Soalan 2(C) Prosa Klasik

1. Pertarungan Tuah dengan Jebat
2. Cerita Bayan Tiada menurut kata ibu bapanya
3. Sabor
4. Kezaliman membawa padah

Soalan 2(D) Sajak/Puisi Tradisional

1. Seloka Pak Kaduk
2. Syair Kelebihan Ilmu
3. Jalan-jalan Raya Kotaku
4. Pantun Enam Kerat

Soalan Novel

1. Teknik Plot (suspen/imbas kembali/kejutan)
2. Nilai (tolong-menolong/bertanggungjawab/kegigihan)
3. Latar masyarakat(perbandingan kegiatan ekonomi)
4. Peristiwa menarik
5. Pengajaran
6. Watak Utama (Banding)

Anda mesti baca semua tetapi penekanan kepada tajuk-tajuk di atas.

Thursday, November 18, 2010

KESILAPAN CALON SEMASA MENULIS KARANGAN


1. Karangan mempunyai banyak kesalahan bahasa.
2. Isi karangan tidak dihuraikan dengan berkesan
3. Idea pelajar tidak menampakkan kematangan
4. Kesalahan ketika membina ayat tunggal dan majmuk
5. Pemerengganan tidak seimbang
6. Satu perenggan dua isi/dua perenggan satu isi
7. Tiada ungkapan menarik
8. Karangan tidak mencapai bilangan perkataan yang minimum
9. Tiada ungkapan menarik
10. Idea tidak logik
11. Tidak merancang isi jawapan
12. Kesan psikologi -teragak-agak atau ragu-ragu di pertengahan jalan
13. Bahasa pertuturan dimasukkan dalam ayat
14. Karangan tidak menjawab tugasan diberi(terpesong sipi atau terpesong sepenuhnya)
15. Karangan tidak boleh dibaca
16. Menjawab satu bahagian soalan sahaja
17. Terlebih fokus kepada karangan A
18. Tidak membuat persediaan awal (bohong)
19. Tidak menjawab langsung (BM pasti gagal )

PASTIKAN ANDA TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN-KESALAHAN DI ATAS

Wednesday, November 17, 2010